LMS ESPORT AWARENESS (E-SUKAN & PEMBANGUNAN DIRI)
14 Jun 2026 | Aktiviti TerkiniPada 14 Jun 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Growth Mindset Untuk Pemain E-Sukan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.
Tujuan pembelajaran topik ini adalah memberi pendedahan kepada peserta bahawa e-Sukan bukan sekadar permainan video, malah merupakan platform yang membantu membangunkan kemahiran diri seperti komunikasi, kerja berpasukan, kepimpinan, pemikiran strategik dan penyelesaian masalah. Selain itu, peserta didedahkan kepada disiplin, pengurusan emosi, semangat kesukanan serta penggunaan teknologi secara positif, sekali gus membuka peluang kepada pembangunan kerjaya dan potensi dalam industri e-sukan yang semakin berkembang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: